Address

Nusa Mewah Villa Kondominium, Jalan B/P 4, Taman Bukit Pandan, 56100, Cheras, Kuala Lumpur

Contact

+60182269630

Follow

©2017 by Jamu Ratu Malaya Cheras. Develop By Firdhaus ( +601121445781 )

Pemenang Pengedar Terbaik Keseluruhan Jamu Ratu Malaya Kuala Lumpur

November 25, 2018

 

 

 

 

 

 

 

Terima kasih yang tak terhingga kepada Stokis JRM Ampang kerana menganjurkan Event JRM di Kuala Lumpur dan makan malam bersama bonda..2 tahun dah kami join JRM sebagai pengedar dan malam ni adalah malam paling bermakna buat semua pengedar JRM di bawah Stokis Ampang..
.

Saya sebenarnya tak tau nak cakap apa sebab rasa sebak sangat. Saya sangat2 bekerja keras sepanjang 2 tahun berniaga sebgai pengedar Jamu Ratu Malaya. 
.
Hari pertama perjumpaan pengedar dengan bonda, dalam poket saya hanya ada RM10, cukup2 duit untuk buat tambang balik rumah. Saya terpaksa pinjam kawan saya RM500 untuk saya buat modal permulaan ambil produk. Walaupun kawan saya tu pun tak ada duit, tapi dia sanggup keluarkan duit dari simpanan untuk pergi umrah dan bantu saya.
.
Bila ingat kembali hari pertama sebagai pengedar, saya rasa betul2 daif. daif berbanding pengedar lain yang ambil stok permulaan berkotak-kotak tapi saya hanya ambil stok dalam kotak yang kecil.
.
Saya kirimkan doa kepada sesiapa sahaja yang nak ke umrah, supaya mereka doakan saya murah rezeki. Setiap kali solat, saya berdoa supaya di murahkan rezeki dan saya berjanji saya akan menjadi orang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.
.
Alhamdulillah, saya amat syukur sangat kerana doa saya dimakbulkan. Setiap rezeki yang saya terima sekarang, ada bahagian dari orang2 yang mendoakan saya, membantu saya waktu saya susah, keluarga saya yang sentiasa memberi sokongan dan suami yang sangat bekerja keras membantu saya untuk berjaya dalam bisness ni

.
Saya tidaklah mengharap apa2 hadiah dari pihak pengurusan tapi anugerah ni akan buatkan saya lebih bermotivasi..Selama saya berniaga ni niat saya hanyalah untuk mengubah nasib keluarga dan keluar dari kepompong kemiskinan..
.
Semua ni adalah kerana sokongan tidak berbelah bahagi dari semua Agen2 saya yang bukanlah orang asing..mereka ini antaranya adalah kakak dan adik saya sendiri serta kawan2 rapat saya yang sama2 join JRM sebagai agen di bawah saya..termasuklah customer2 setia saya yang setiap bulan order barang dengan saya..sangat percaya dengan produk JRM..
.
Selama ni saya tidaklah mengejar ranking sebagai Top Seller tetapi permintaan produk JRM dari pengguna2 setia inilah yang menempatkan saya antara pengedar terbaik di Kuala Lumpur..Anda percaya dengan saya, anda bertimbang rasa dengan saya dan ada juga yang dah jadi kawan baik saya juga..
.
Saya tiada apa2..anda percaya dengan produk JRM adalah kerana Bonda Rozita Ibrahim. Tugas saya adalah menyampaikan produk Bonda ini kepada anda..Supaya bonda dapat bantu lebih ramai orang di luar sana..
.
Terima kasih kepada semua..
.
#jrmcherasmyra #jamuratumalayacherasmyra #pengedarjrmkl #legasijrmampang

.

.

Please reload