Address

Nusa Mewah Villa Kondominium, Jalan B/P 4, Taman Bukit Pandan, 56100, Cheras, Kuala Lumpur

Contact

+60182269630

Follow

©2017 by Jamu Ratu Malaya Cheras. Develop By Firdhaus ( +601121445781 )

SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

May 16, 2018

Alhamdulillah, kita telah merayakan pembentukkan Malaysia Baru. Kini dah tiba kita menyambut bulan penuh barakah iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Kita hentikan sengketa kita, perbezaan politik kita, buruk sangka kita. Kali ni kita sebarkan doa, sebarkan sedekah, sebarkan ilmu-ilmu bermanfaat demi meraih ganjaran-ganjaran besar bulan ramadhan ini.
.
Malam ni dah bermulanya Tarawikh kita yang pertama untuk tahun ini. Jom kita beramai-ramai mengimarahkan masjid-masjid sekitar rumah kita dengan alunan bacaan Quran dan zikir. 
.
Saya berasa amat bersyukur kerana ini adalah kali ke-2 saya menyambut Ramadhan sebagai seorang usahawan online sepenuh masa. Rezeki yang diberikan sangat tidak saya sangka-sangkakan. Selain ekonomi keluarga berubah, hubungan keluarga juga bertambah baik. Saya dapat mengasuh anak saya sendiri mengikut acuan saya sendiri. Tidak lagi pening-pening untuk MC atau mohon cuti sekiranya apa-apa hal kecemasan berlaku.
.
Saya telah merasakan mustajabnya Doa-Doa ketika bulan Ramadhan 2 tahun lepas. Doa supaya di murahkan rezeki diminta setiap kali waktu solat, waktu berbuka, waktu bersahur, waktu qiamulail dan waktu mengkhatamkan Al-Quran. Selain itu, Doa-doa orang yang saya kirimkan dari mereka yang pergi mengerjakan umrah dan doa ibu bapa kita. 
.
Saya sangat rindukan bulan Ramadhan. Bulan inilah yang telah banyak mengubah hidup saya dan keluarga. Diharapkan Ramadhan kali ini saya dapat memperbaiki segala amalan yang mungkin saya telah lalai dari melakukannya pada bulan-bulan sebelum ini.
.
.
~ Siti Maherah Abu Bakar Hasan Wong ~

 

 

 

Please reload